Kenapa guna begkrio?
Sel stem boleh dikrioawet dan disimpan dengan menggunakan dua sistem yang berbeza : begkrio dan vialkrio.
Stemlife menggunakan begkrio yang diluluskan oleh FDA untuk semua pelanggan, dan mematuhi Piawaian Kebangsaan untuk Perbankan Darah Tali Pusat (Jan 2008) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dan FACT-NETCORD yang menyatakan bahawa semua penyimpanan stem sel darah tali pusat perlu disimpan di dalam beg.
Kenapa Stemlife Guna BegKrio?
Menurut Piawaian antarabangsa untuk Bank Darah Tali Pusat Swasta ( AABB )
Mulai 01/01/2007, AABB (sebelum ini dikenali sebagai Persatuan Bank Darah Amerika) menyarankan kesemua segmen tambahan perlu dicantumkan dengan unit darah tali pusat yang akan digunakan untuk ujian tambahan.
Ujian Sampel Yang Sedia ada
2 segmen tambahan bercantum
Diluluskan oleh FDA
Direka khas untuk simpanan krio Sel Stem Manusia bagi Jangka Masa Panjang
Integrasi pelbagai kompartmen
Mudah untuk meletakkan pelekat label
Permukaan rata dan kawasan permukaan yang besar
Jumlah sel hidup yang lebih tinggi1
82%, adalah disebabkan oleh pengagihan suhu dan kawasan permukaan yang lebih besar.
Kurang Risiko Kontaminasi2
Sistem Tiga-Beg dicantumkan pada beg darah semasa mula memproses dan begkrio dikedap dan ditanggalkan untuk penyimpanan. Reka bentuk sistem secara fungsinya TERTUTUP dapat menghapuskan risiko kontaminasi bakteria dan kulat.
Mudah digunakkan / Akses secara Langsung
Pot yang sedia ada untuk mendapat akses secara langsung apabila transplan diperlukan. Lebih daripada 90% pusat transplan menggunakan sistem begkrio.
- Transfusion Vol. 36, No.4–1996
- N M-Reboredo, ADíaz et. Al., bone marrow transplantation, December 2000, Volume 26, Number 12, Pages 1263-1270