Ibu bapa Stemlife yang dihormati
Di Stemlife, kami menghargai kepercayaan anda dalam memilih kami untuk menyimpan sel stem berharga anak anda. Kami mengambil tanggungjawab ini secara serius dengan menyediakan standard tertinggi dalam perbankan darah tali pusat untuk memastikan bahawa sel stem anak anda tersedia jika diperlukan.
Walaupun janji dan tanggungjawab utama kami adalah memastikan keselamatan sel darah dan tali pusat bayi anda yang berterusan, kami sedar tentang peranan kami dalam membantu keluarga kami apabila mereka memerlukan sel stem yang berharga ini.
Untuk memenuhi keperluan ini, kami telah berbincang dengan pasukan penyelidikan dan penyelidik antarabangsa yang terkenal untuk melihat di mana kami dapat melakukan usaha penyelidikan dan percubaan klinikal yang mempunyai potensi cerah secara proaktif supaya dapat memanfaatkan peluang ini kepada anda, keluarga StemLife kami.
Pusat Terapi Sel Stemlife membantu keluarga Stemlife jika terdapat sebarang pertanyaan tentang keadaan yang menimpa insan yang tersayang. Melalui persoalan anda, kami berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pelbagai kemungkinan rawatan atau peluang percubaan yang mungkin terbentang.
Sila lengkapkan borang berikut dan pasukan Pusat Terapi Sel Stem Stemlife akan menghubungi anda tidak lama lagi.