Daftar Sekarang
Adalah penting untuk membuat keputusan mengenai perbankan sebelum tarikh bersalin supaya anda dan penyedia penjagaan kesihatan dapat membuat persiapan dengan baik dan telah berlatih untuk prosedur pengambilan sel stem. Ambil langkah pertama untuk melindungi keluarga anda dengan memberikan bayi anda hadiah kesihatan dan perlindungan terbaik.
*Jika anda dijangka bakal bersalin dalam tempoh 4 - 6 minggu akan datang, kami sangat mengesyorkan anda untuk menghubungi kami dengan segera untuk pendaftaran kerana ini akan memastikan semua langkah persediaan yang perlu diselesaikan berjalan dengan lancar sebelum kelahiran bayi anda.Hubungi kami untuk konsultasi percuma
Hubungi kami di talian 24 jam kami +603-27790033 atau emel kepada kami Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk membuat temujanji den gan Konsultan kami.
Tetapkan temujanji dengan kami
Tetapkan temujanji dengan Konsultan kami yang mesra. Bila-bila masa, dimana jua.
Konsultasi dengan Stemlife
Ketahui dengan lebih lanjut bagaimana darah, selaput dan/atau tisu tali pusat akan memberi manfaat kepada bayi anda.
Daftar dengan Stemlife
Daftar dengan kami untuk menerima kit koleksi Stemlife anda untuk menyimpan darah, selaput dan/atau tisu tali pusat. Simpan kit bersama bagasi hospital anda dan simpan di tempat yang dingin, kering dan jangan terlupa dan meninggalkanya di rumah.
Beritahu Doktor O&G Anda
Beritahu doctor O&G anda tentang pendaftaran anda dengan Stemlife untuk menyimpan darah, selaput dan/atau tisu tali pusat.
Hari Kelahiran
Bawa bersama kit koleksi Stemlife. Hubungi talian lojistik 24jam +6012 205 0167 selepas kelahiran untuk pengangkutan darah, selaput dan/atau tisu tali pusat
Seperti perkhidmatan hospital yang lain, doktor dan hospital anda mungkin mengenakan bayaran prosedur yang kecil untuk memastikan bahawa darah/tisu tali pusat bayi anda dikumpul. Sila rujuk dengan pakar perubatan anda.