PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
Stem Cell Banking
Perbankan sel stem

Mengapa perlu menyimpan selaput tali pusat

Apabila anda memilih untuk menyimpan selaput tali pusat anda, anda juga menyimpan sel-sel stem yang terdapat di dalamnya. Kajian telah menunjukkan bahawa selaput tali pusat adalah tisu yang teguh dan merupakan sumber yang kaya dengan sel stem. Ini kerana kawasan permukaan lebih besar dan kepadatan sel lebih tinggi. Secara teorinya, terdapat kira-kira 20 juta sel-sel stem yang boleh diperolehi dari setiap sentimeter persegi selaput tali pusat1. Ia juga berpotensi untuk mengandungi sel stem berlainan jenis yang mungkin ditemui hasil penyelidikan pada masa hadapan. Dengan menyimpan selaput tali pusat, pada dasarnya anda telah menyimpan sumber sel stem yang belum dimanipulasikan.

StemLife adalah syarikat di Malaysia yang mempunyai lesen eksklusif untuk teknologi yang dipaten, iaitu CellOptimaTM. Paten ini meliputi pengasingan dan pengembangan sel stem Epithelial (EpSC) dan sel stem Mesenchymal (MSC) dari selaput tali pusat. Sebaliknya, darah tali pusat mengandungi kebanyakannya sel stem hematopoetik (atau membentuk darah) (HSC). Menyimpan kedua-dua darah tali pusat dan selaput tali pusat membolehkan isolasi HSC, MSC dan EpSC. Anda memberi peluang kepada anak anda untuk menikmati kemajuan perubatan dengan akses kepada aplikasi sel stem dan potensi terapeutiknya. Sel stem tersebut hanya boleh diambil ketika bayi lahir dan adalah yang termuda dan paling berkuasa.

7 Ciri-ciri utama MSC yang diperolehi daripada selaput tali pusat

(berbanding Sumber Jeli Wharton 1,2,3)

1

Kepadatan yang lebih tinggi dalam MSC Selaput Tali Pusat (iaitu 20 juta sel-sel setiap cm2).

Apabila timbul keperluan , masa menunggu yang diperlukan untuk pengembangan sel dan untuk mencapai dos sel yang dikehendaki akan disingkatkan.

2

Keupayaan perkembangan yang lebih besar.

Dapat berkembang dengan lebih baik semasa pengembangan sel

3

Sel-sel yang lebih muda.

Pesakit yang menerima sel-sel stem tersebut mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft versus host.

4

Sel-sel yang lebih mantap dan teguh.

Sewaktu proses perkembangan sel, sel dapat berkembang tanpa mutasi untuk mencapai jumlah yang lebih besar daripada dos sel.

5

Kebolehan mengkhusus yang lebih baik (terutama dalam pembentukan tulang dan lemak)

6

Modulasi sel imun penerima yang lebih unggul

Mempunyai kadar hidup yang paling lama dan rangsangan yang paling rendah kepada sistem imun penerima semasa pemindahan. Mengurangkan peluang penolakan oleh penerima.

7

Berhijrah dengan lebih cepat ke kawasan yang terjejas

Ini membantu untuk menyingkatkan masa engrafan dan meningkatkan keputusan pemindahan.

Rujukan:
  1. Ivor J. Lim and T.T. Phan, Cell Transplantation, Vol. 23, pp. 497-503, 2014
  2. Mandy Stubbendorff, Tobias Deuse et.al., stem cells and development, Vol. 22, Number 19, 2013
  3. Marc G. Jeschke et al, The Open Tissue Engineering and Regenerative Medicine Journal, 2011, 4, 21-27.
X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2779 0033 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang