PELANGGAN STEMLIFE Dapatkan Maklumat Pek Percuma
About StemLife
About StemLife

Notis pemberitahuan perlindungan data peribadi



Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah diperkenalkan oleh Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial. Akta ini perlu dipakai oleh StemLife Berhad dan kumpulan syarikat-syarikat (termasuk anak syarikat) (“StemLife”), dan StemLife perlu memberitahu anda tentang hak-hak anda berkenaan dengan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan seterusnya diproses oleh StemLife dan juga tujuan pemprosesan data. Akta ini juga memerlukan StemLife untuk mendapatkan persetujuan anda untuk memproses peribadi anda.

Dengan itu, StemLife ingin memaklumkan bahawa data peribadi anda (termasuk nama dan butir-butir hubungan), kesihatan atau sejarah perubatan, butir-butir dan maklumat, rakaman gambar dan suara (secara kolektif, “Data Peribadi”) yang telah (i) diberikan oleh anda di bawah atau menurut perjanjian atau pengendalian bagi perkhidmatan perbankan darah dan tali pusat dan / atau untuk perkhidmatan lain dan / atau produk lain yang dijalankan atau diberikan oleh StemLife (secara kolektif, “Perjanjian”); atau (ii) diberikan oleh anda secara sukarela di dalam keadaan tertentu atas sebab-sebab yang lain; atau (iii) diperolehi oleh StemLife dengan persetujuan anda atau melalui kaedah undang-undang yang lain, kemungkinanya akan terus digunakan dan diproses oleh StemLife bagi tujuan yang berikut:

  1. Untuk berkomunikasi dengan anda;
  2. Memberi perkhidmatan dan / atau produk kepada anda;
  3. Memproses transaksi pembayaran anda;
  4. Mengutip bayaran tunggakan anda;
  5. Menjawab pertanyaan anda;
  6. Tinjauan pasaran dan analisa trend;
  7. Mengemaskini;
  8. Untuk memberikan anda maklumat mengenai perkhidmatan dan / atau produk StemLife dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan / atau syarikat-syarikat bersekutu; (Secara kolektif “Tujuan” ).

Tambahan, sila maklum bahawa sekiranya diperlukan bagi mana-mana tujuan yang tersebut di atas, Data Peribadi anda mungkin diserahkan oleh StemLife kepada:

  1. Sebarang badan kerajaan atau badan berkanun;
  2. Sebarang agensi penarafan kredit yang didaftarkan dengan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010
  3. Orang lain, setakat yang ditetapkan oleh undang-undang;
  4. Pegawai StemLife, pekerja atau pihak-pihak lain yang perlu menggunakan maklumat atau menurut Perjanjian;
  5. Seperti syarat-syarat Perjanjian; atau
  6. Setakat mana ia adalah pada masa Perjanjian ini atau pada bila-bila masa selepas tarikh itu, menjadi pengetahuan umum.

Kecuali seperti yang tertera dalam notis ini, Data Peribadi anda tidak akan dengan sengajanya didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa StemLife perlu memproses Data Peribadi anda, jika tidak, StemLife tidak akan dapat menggunakan Data Peribadi anda untuk mana-mana tujuan di atas. Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini membuat pertanyaan bertulis dan, dengan membayar fi yang ditetapkan dan yang boleh dikenakan oleh StemLife meminta, secara bertulis, untuk akses kepada, atau pembetulan, Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan mengemukakan permintaan itu kepada Pegawai Perkhidmatan Pelanggan StemLife melalui pos berdaftar atau emel (yang perlu dihantar dari alamat emel yang berdaftar dengan StemLife) seperti yang dinyatakan di bawah.

Alamat pos:
Customer Service Officer
StemLife Berhad
B-7-15, Megan Avenue II,
12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia.

Emel:  
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kami percaya bahawa anda akan mengizinkan dan bersetuju dengan terma di atas mengenai pemprosesan data peribadi anda. Jika kami tidak menerima sebarang maklumbalas dari anda mengenai perkara di atas, kami akan menganggap bahawa anda telah bersetuju dengan perkara di atas.

Setakat mana anda telah memberikan data peribadi mengenai ahli keluarga, pasangan, dan tanggungan anda yang lain, anda mengesahkan bahawa anda telah menjelaskan kepada mereka bahawa data peribadi mereka akan diberikan kepada, dan diproses oleh, StemLife dan anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk memproses data peribadi mereka sepertimana dijelaskan dalam notis ini.

Berkenaan dengan kanak-kanak di bawah umur, anda mengesahkan bahawa anda adalah ibu bapa atau penjaga atau orang yang mempunyai tanggungjawab ibu bapa terhadap mereka atau orang yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan urusan mereka, untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka untuk memproses data peribadi mereka sepertimana dijelaskan dalam notis ini.

StemLife berhak untuk meminda, mengubah, mengubahsuai, menambah, atau membuang mana-mana bahagian notis ini mengikut budi bicaranya dari semasa ke semasa. Sebarang pindaan notis ini akan diberitahu kepada anda melalui pengumuman di laman web StemLife atau cara lain yang bersesuaian.

Sekiranya terdapat perbezaan antara versi bahasa Inggeris dan versi terjemahan notis ini, versi bahasa Inggeris akan digunakan berbanding bahasa terjemahan lain.

X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2779 0033 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang