FAQ
FAQ

Soalan lazim darah tali pusat

Mengumpul Sel Stem Darah tali pusat

Darah tali pusat dikumpulkan daripada tali pusat dengan segera selepas kelahiran (kelahiran biasa atau pembedahan caesarean ) bayi dan selepas tali pusat telah dipotong. Biasanya darah tali pusat dibuang selepas kelahiran oleh itu pengambilan darah tali pusat tidak mengubah prosedur kelahiran yang biasa.

Pada masa ini , kami mempunyai rangkaian lebih daripada 400 doktor yang mengumpul darah tali pusat untuk pelanggan kami. Rangkaian ini merangkumi lebih daripada 150 hospital dan pusat bersalin di seluruh Malaysia dan di rangkaian Asia . Kami menyediakan latihan kepada doktor yang mengumpul darah tali pusat bagi kali pertama untuk memastikan prosedur pengumpulan yang betul dipatuhi sepenuhnya. Di samping itu, kami juga menyediakan pendidikan yang berterusan kepada komuniti perubatan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan sel stem.

Tiada. Darah tali pusat dikumpul selepas bayi dilahirkan dan dibawa keluar untuk dijaga. Proses koleksi ini tidak menyakitkan , mudah dan selamat untuk ibu dan bayi. Proses pengumpulan darah tali pusat hanya mengambil masa kira-kira 5 minit dan tidak mengubah proses kelahiran anda dalam apa jua cara . Sekiranya komplikasi timbul semasa kelahiran, keutamaan diberikan kepada penjagaan ibu & bayi sebelum mengumpul darah tali pusat.

Tidak. Anda akan menerima kit pengumpulan sel stem darah tali pusat bayi anda apabila anda mendaftar dengan StemLife . Kit koleksi mengandungi semua bahan yang diperlukan untuk mengumpul darah tali pusat bayi. Tetapi, anda perlu ingat untuk membawa kit koleksi dengan anda ke hospital semasa kelahiran.

Jumlah median untuk kutipan darah tali pusat ialah 60 mL, di mana ianya menghasilkan bilangan purata sebanyak 500-800 juta Jumlah Sel Bernukleus (TNC) atau lebih 1 juta sel stem pembentuk darah yang menunjukkan keputusan positif untuk penanda sel stem CD341 . Walau bagaimanapun, jumlah ini berbeza-beza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jumlah darah yang dikumpul , tempoh matang bayi , saiz dan panjang tali pusat dan lain-lain faktor.

Bilangan sel-sel yang diperlukan untuk transplan berbeza, sekurang-kurangnya 20 juta sel ber-nukleus se kg berat badan penerima diperlukan. Oleh itu , unit yang mengandungi 500 juta sel bernukleus adalah unit yang minima diperlukan untuk merawat kanak-kanak dengan berat badan 25kg . Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa ini adalah hanya satu garis panduan . Bilangan sel-sel stem yang diperlukan untuk terapi bergantung kepada cara rawatan dan doktor yang sedang merawat anda . Secara umumnya, kejayaan transplan sel stem juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti kekuatan fungsi sel, HLA yang sepadan dan keadaan pesakit.

Tujuan penangguhan pengapitan tali pusat ialah untuk membenarkan darah di dalam tali pusat untuk mengalir semula kepada bayi yang baru lahir. Prosedur ini ialah sangat bermanfaat untuk bayi yang tidak cukup bulan. Walau bagaimanapun, ia juga mendatangkan risiko untuk bayi menghidap penyakit kuning2 . Jika anda berminat untuk menyimpan darah tali pusat bayi anda, pengapitan tali pusat adalah digalakkan untuk dilakukan 30 -60 saat selepas kelahiran. Sekiranya tali pusat diapit melebihi 60 saat, jumlah darah tali pusat yang dikumpul akan berkurang sebanyak tujuh kali ganda. Ini akan mendatangkan masalah, sekiranya anda ingin mendapatkan sel stem yang mencukupi bagi melakukan transplan untuk adik beradik yang lebih tua. Anda juga boleh membaca lebih lanjut tentang pengapitan tali pisat dan penyimpanan darah tali pusat di sini .

Penghantaran dan Pengendalian Darah Tali Pusat

Pasukan logistik 24 jam kami akan dalam tempoh 24 jam menguruskan penghantaran unit darah tali pusat ke makmal selepas kelahiran bayi anda. Sila hubungi nombor yang tertera pada kit untuk pengambilan.

Darah tali pusat akan dihantar ke makmal dalam beg-sejuk yang direka khas dan suhu akan dipantau secara berterusan.

Jangka hayat sel stem akan berkurangan mengikut masa. Penghantaran dalam keadaan yang optima boleh memanjangkan hayat sel. StemLife telah melakukan proses pengesahan untuk tempoh penghayatan selama 60 jam, yang mana ianya adalah termasuk dalam garis panduan antarabangsa yang dicadangkan iaitu selama 72 jam.

Ya, sel stem yang di dalam kit koleksi perlu disimpan pada suhu bilik dalam persekitaran yang berhawa dingin normal. Jangan masukkan dalam peti sejuk atau mendedahkan kepada keadaan panas.

Kami telah memberi khidmat kepada pelanggan dari banyak negara. Jika anda melahirkan bayi anda di luar Malaysia, sila e-mel kepada kami di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau hubungi hotline kami di +603 2166 3636 untuk maklumat lanjut.

Penyimpanan Darah Tali Pusat

Secara teori, darah tali pusat yang dikrioawet tidak mempunyai tarikh tamat tempoh jika disimpan pada suhu -196°C. Di StemLife, prosedur pemprosesan dan kemudahan penyimpanan sentiasa dipantau secara ketat bagi memastikan ianya mematuhi piaiwaian AABB. Teknologi untuk keberkesanan pemulihan sel stem sudah semakin maju selama bebrapa tahun ini. Kajian terkini menunjukkan sel yang telah dikrioawet sehingga 23.5 tahun mempunyai kadar pemulihan yang sangat berkesan di antara 80-100%3. Tambahan juga, buat masa ini, masih tidak ada bukti yang menunjukkan sel yang telah dikrioawet akan tidak bernyawa atau kehilangan aktiviti biologi selepas tempoh yang lama jika ia disimpan dengan betul4sup>.

Ya. Menyimpan darah tali pusat untuk semua anak-anak anda memberikan keluarga anda lebih banyak pilihan. Setiap anak mempunyai sel yang unik secara genetik untuk dirinya sendiri. Walaupun anak anda mungkin menggunakan sel-sel stem sendiri untuk beberapa penyakit , ianya tidaklah begitu bagi kes penyakit keturunan . Dalam keadaan begini, sel-sel stem adik-beradik yang sepadan akan digunakan. Jadi, penyimpanan darah tali pusat bayi anda juga ialah berbentuk bioinsurans untuk adik beradik yang lain. Penderma yang terdiri daripada kalangan adik beradik adalah lebih baik untuk proses transplan sel stem. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan transplan dari penderma yang merupakan adik beradik kepada pesakit, menyebabkan kadar kelangsungan hidup yang lebih tinggi berbanding penderma asing5,6.

Pendaftaran & Pakej

Pendaftaran adalah cepat dan mudah. Anda boleh mengemukakan maklumat anda di sini dan perunding kami akan menghubungi anda. Selain itu, anda boleh menghubungi kami di talian +603 2166 3636.

Di StemLife, kami berusaha untuk pergi lebih jauh dengan memberikan pelanggan perlindungan yang komprehensif kepada anak-anak mereka. Setiap langkah – terdiri daripada pengambilan darah tali pusat dan sel stem tali pusat sehingga ke peringkat pengujian, pemprosesan dan penyimpanan, kami mengendalikannya dengan berhati-hati untuk memastikan kualiti sel stem yang akan disimpan.

Untuk menjadikannya mudah dan berpatutan untuk anda, kami menawarkan pelbagai pelan pembayaran dan pilihan untuk memenuhi keperluan dan pilihan yang berbeza.
Klik di sini untuk pelan harga.

Ramai bayi lahir sebelum tarikh jangka lahir mereka. Adalah lebih baik untuk membuat keputusan yang awal. Kami sarankan anda membuat keputusan pada penggal kedua kehamilan kerana peluang menyimpan darah tali pusat bayi yang tak ternilai hanya berlaku sekali dalam seumur hidup . Ianya masih belum terlambat untuk mendaftar dengan kami. Hubungilah kami sebelum doktor memotong tali pusat bayi anda! Sila ambil perhatian bahawa sesetengah hospital tidak melayan pendaftaran yang lewat.

Seperti perkhidmatan perubatan yang lain, bayaran prosedur yang minima mungkin akan dikenakan untuk memastikan bahawa darah tali pusat bayi anda dikumpul. Sila bertanya kepada doktor anda.

Pautan ke rujukan:

Parent’s Guide to Cord Blood Foundation: https://parentsguidecordblood.org/en/faqs

Rujukan:

1. Sun J, Allison J, McLaughlin C, et al. Differences in quality between privately and publicly banked umbilical cord blood units: a pilot study of autologous cord blood infusion in children with acquired neurologic disorders. Transfusion. 2010;50(9):1980-1987.
2. Qian Y, Lu Q, Shao H, Ying X, Huang W, Hua Y. Timing of umbilical cord clamping and neonatal jaundice in singleton term pregnancy. Early Human Development. 2020;142:104948.
3. Broxmeyer HE, Lee M-R, Hangoc G, et al. Hematopoietic stem/progenitor cells, generation of induced pluripotent stem cells, and isolation of endothelial progenitors from 21- to 23.5-year cryopreserved cord blood. Blood. 2011;117(18):4773-4777. 4. Mazur P. Cryobiology: The Freezing of Biological Systems. Science. 1970;168(3934):939-949.
5. Weisdorf DJ, Anasetti C, Antin JH, et al. Allogeneic bone marrow transplantation for chronic myelogenous leukemia: comparative analysis of unrelated versus matched sibling donor transplantation. Blood. 2002;99(6):1971-1977.
6. Bizzetto R, Bonfim C, Rocha V, et al. Outcomes after related and unrelated umbilical cord blood transplantation for hereditary bone marrow failure syndromes other than Fanconi anemia. Haematologica. 2011;96(1):134-141.
X            

Dapatkan info kuasa sel stem tali pusat?

Hubungi kami di +603 2779 0033 atau membuat temujanji untuk!
Buat temujanji sekarang